Saturday, 1 September 2018

FALSAFAH PSS SAFAT 3

FALSAFAH
Pusat Sumber Sekolah adalah satu sistem hidup yang menekankan aktiviti dan perancangan tersusun dalam erti kata ia bukannya koleksi atau tempat menyimpan alat dan bahan tetapi satu jalinan aktiviti pengajaran pembelajaran yang aktif dan praktik melalui penggunaan deria-deria dan anggota-anggota berkaitan. Ini bererti proses pengajaran pembelajaran berlaku dengan seronok dan berkesan serta berakhir dengan Peningkatan Pembelajaran Tanpa Tungkus Lumus Pengajaran.

Daripada falsafah di atas, butir-butir takrifan berikut perlu dihayati antaranya :-
q  PSS merupakan tempat aktiviti akademik yang melibatkan pengalaman praktik guru dan juga murid.
q  Ia adalah satu sistem atau pusat perkhidmatan untuk menolong pencapaian matlamat kurikulum.
q  Himpunan atau koleksi alatan dan bahan adalah hanya satu kaedah, sedangkan matlamat sebenarnya ialah aktiviti yang dinamis.
q  Untuk menjadikannya satu tumpuan aktiviti, yakni sebagai nadi pengajaran dan pembelajaran, Semangat PSS’ perlu dipupuk di kalangan guru dan pelajar.


No comments:

Post a Comment

Soalan Ibadat SDEA

SAFAT 3